Pendaftaran dibuka mulai 04 Disember 2009 dan ditutup pada 31 Januari 2010. Yuran penyertaan RM50.00.
Download Borang
Sekapur Sireh, Seulas Pinang
Kelab Mountain Bike Negeri Perlis (selepas ini dikenali dengan Perlis MTB Club) di bawah Penaung Program DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (Raja Muda Perlis) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis di bawah Exco Pelancongan dan Kesihatan, dan Exco Belia, Sukan, Kebudayaan, Kesenian, Sumber Manusia dan Perpaduan, dengan bangganya mengumumkan Program Perlis Mountaain Bike Jamboree 2010 yang akan berlansung pada 14 Mac 2010 akan datang. Pogram ini merupakan julung-julung kali diadakan di Negeri Perlis ini, walaupun sebelum ini beberapa acara besar melibatkan kayuhan basikal telah diadakan, seperti Perlis Open, Malaysia, (Road Race) setiap tahun, …. Namun ia bersifat perlumbaan (racing) basikal on-road (road bike).
Kayuhan Basikal bukit secara off-road, dengan konsep Jamboree merupakan pertama kali di negeri Perlis yang indah lagi mempersona. Kami menjangka program ini bakal menjadi tarikan kepada penggemar basikal bukit untuk berkunjung ke Negeri Perlis dan menyertai program ini di samping menikmati keindahan panorama yang tiada tolok bandingnya. Lebih seribu peserta dijangka akan berhimpun di perkampongan Kampus Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh, venue utama Program Jamboree Perlis MTB 2010.
Objektif utama jamboree ini ialah untuk menghimpun peminat mountaain bike di seluruh negara termasuk negara-negara jiran untuk saling berkenalan dan menikmati kayuhan dengan latar belakang trek berbukit bukau dan alam semulajadi yang masih terpelihara. Di samping itu kami juga berharap ia akan menjadikan Perlis sebagai destinasi pelancongan berasaskan sport tourism.
RIDE UP NORTH adalah tag-line gambaran satu-satunya program kayuhan MTB yang menyediakan keunikan tersendiri sesuai sebagai negeri yang paling utara di semenanjung Malaysia dan mempunyai tiga (3) pintu masuk antarabangsa dengan negara jiran Thailand. “Berbasikal, bersosial, off-road, alam semulajadi, berbukit bukau, lasak, dan keharmonian menjadi elimen penting kepada RIDE UP NORTH itu sendiri.
Kami sangat yakin Perlis Mountain Bike Jamboree 2010 ini akan memehat sejarahnya tersendiri dan akan meninggalkan seribu kenangan manis yang tak mungkin dilupakan oleh peserta-peserta kayuhan dan penganjur secara kekeseluruhan.
PERLIS MOUNTAIN BIKE JAMBOREE 2010; menerima impak besar dengan penglibatan segenap pihak dalam penganjuran terutama dengan Perkenan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis menjadi penaung kepada Program ini, sekaligus meletakkan event ini pada suatu tahap tersendiri, unik dan penuh dengan simbolik kepada sukan basikal bukit (mountain bike). Sokongan dan dokongan YB Ahmad Bakri Dato’ Ali (exco Pelancongan dan Kesihatan) dan YB Abdul Jamil Saad (Exco Belia, Sukan, Kebudayaan, Kesenian, Sumber Manusia dan Perpaduan ) dan Agensi-agensi kerajaan, Negeri dan Persekutuan dalam menjayakan program ini memberi inspirasi tidak terhingga kepada kelab MTB Perlis dan khalayak peminat mountain bike seluruhnya.