Phatallung 2009
8 tahun yang lalu
Blog ini adalah rentetan kerjasama pengayuh tegar dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Di sini kami ingin berkongsi dengan semua khalayak tentang aspirasi, ilham, gagasan dan rancangan kayuh kami bagi menyemarak aktiviti kayuhan seantero Malaysia. Bukan nak buat laba tapi cuma untuk kebahagiaan dan keseronokan. Hatta semua adalah dijemput menyertai tidak kira tua muda, kaum bangsa, agama latar belakang maupun status darjat.
Basic design begitulah kira-kiranya. Ada sedikit tambahan tulisan yang telah dipersetujui. Apa-apa pun rega RM 20.00 memang sangat berpatutan. Kalau Jamboree biasanya RM50, tapi KPLR dengan harga yg sama dapat baju, Bilik Hotel, Melancong lagi....
Mai..mai..mai... mana kaki laju kita dahulukan, mana kayuh rekriasi kita teman -temankan, mana yang ambil lama masa kita layan-layankan...