
Dengan ini diisytiharkan rekabentuk T-Shirt KPLR 2009 seperti yang tertera di atas. Terima kasih kepada Pak Megat atas usaha dan passion beliau untuk menghasilkan rekabentuk yang menarik.
Blog ini adalah rentetan kerjasama pengayuh tegar dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Di sini kami ingin berkongsi dengan semua khalayak tentang aspirasi, ilham, gagasan dan rancangan kayuh kami bagi menyemarak aktiviti kayuhan seantero Malaysia. Bukan nak buat laba tapi cuma untuk kebahagiaan dan keseronokan. Hatta semua adalah dijemput menyertai tidak kira tua muda, kaum bangsa, agama latar belakang maupun status darjat.