Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan lokasi. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan lokasi. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

Tempat Mesyuarat

Assalammualaikom warahmatullahi wabarakatuh . . . . .

Sdra Zankx, Toki, Tok Megat  . . . aku dah survey tempat yg hangpa propose tuuu.

Pertama ~ Restoran Shezan
Restoran ini mula buka jam 4 ptg.
Lokasi ~ Jln Cinta Sayang bersebelahan dgn Petronas. Kalau masuk dari IKM Sg Petani terus jumpa trafik light pertama hangpa terus . .trafik kedua kedua pun terus (dari trafik kedua ini nampak Stesyen Minyak Roslan Mobil) . . . terus lagi dan rapat sebelah kiri jumpa trafik light sebelah kiri dah nampak Restoran Shezan. 

Waktu petang sunyi . . .. Makanan pun ada  . .ambil sendiri nanti depa kira. Western pun ada juga . . Kedai pun nampak bersih . . .sedap mata memandang. . . .tapi tak ada WiFi..

Kedua ~ Cinta Sayang . . .
Lokasi kat tempat Coffe House dia . . .buffet RM 30.00

Ketiga ~ Restoran Nasi Kandar Makbul kat Legenda Height SP. Approx 500m dari Tesco dan 500m dari Masjid Taman Ria. . . .petang sunyi . . .Ada WiFi. Pics tak sempat ambil.

Note;

  • Aku nampak Pertama dan Ketiga tuuu sesuai. Sekarang musim hujan.
  • Sila persetujuan yg mana.
  • Kat surau depan Cinta Sayang tak brpa sesuai . . .nanti ganggu jemaah lain . . .
  • Kat cinta sayang . . .aku tak pernah dok kat coffee house tuuu. Nanti kita nak berbuka nak keluar jauh pula . . .apa2 pun saya ikut kata putus Penganjur !
Salam dan Selamat Berbuka


Ramly SP

Peta Lokasi Permulaan KPLR2009


View KPLR Flag-off in a larger map

Lokasi permulaan KPLR2009;
  • Kordinat;- 6⁰ 26.665 N  100⁰ 11.136 E
  • Bersebelahan Dewan Besar Sekolah Menengah Putra, Jalan Padang Katong.
  • Berhadapan Masjid Ariffin (digalakkan solat suboh disini untuk pengurusan masa).
  • Peserta dikehendaki berkumpul jam 06:30 pg untuk susun/letak beg pakaian ke dalam lori.
  • Sesi taklimat oleh Pengarah Kayuhan Lt Kdr(B) Ramly dan wakil tuan rumah.
  • Flag-off oleh YAB Menteri Besar Perlis.
Hotel Florida, Hatyai;
  • 81 buah bilik telah ditempah oleh urusetia
  • Hotel mengalukan kedatangan dengan banner; "WELCOME KPLR 2009 RIDERS TO HATYAI"
  • Welcome drink untuk peserta.
  • Nombor bilek penginapan para peserta akan diumumkan di Blog ini.
Watch out this space; more updates coming soon ..... !!

Kemudahan Tempat Letak Kenderaan


Pengetua Sekolah Menengah Putra, En Gazali bin Abdullah telah bermurah hati membenarkan peserta KPLR09 meletakkan kenderaan masing-masing di tempat letak kereta Dewan Besar Sek. Men. Putra. Lokasi ini sangat strategik kerana bersebelahan dengan tempat Flag-off. Pihak Sekolah tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan dan kehilangan kenderaan.


Sebagai menghargai pertolongan ini pihak urusetia akan menghadiahkan T-shirt KPLR kepada En Gazali dengan ucapan Terima Kasih Daun Keladi.

View KPLR Flag-off in a larger map

Laluan KPLR 2009


Laluan KPLR2009.  View this route in Google Earth 3D **. Kayuhan hari pertama akan berakhir di Hotel Florida. Lokasi Hotel Florida boleh dilihat dipeta ini.


Florida Hotel Hatyai
8 Sripuwanart Road
Hatyai, Songkhla 90110
Thailand
Tel. 66-74-234554-9
Fax. 66-74-234553

Route profile - Elevation:

  • Min: 5m
  • Max: 320m
  • Ascent: 614m
  • Descent: -611m

** 3D view requires Google Earth.