TRIMA KSIH KEPADA ANDA SEMUA

Setinggi penghargaan kepada semua peserta dari jauh dan dekat kerana mengisi kayuhan dengan aneka gaya. Terimakasih tidak terhingga kepada:

YAB Menteri Besar Perlis
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis
Kastam Diraja Malaysia
Jabatan Imigresen
Polis Diraja Malaysia
Jabatan Pelajaran Negeri Perlis
Pengetua Sekolah Menengah Putra, Kangar
Ketua Biro Bernama, Perlis
Consul General of Malaysia, Songkhla
En Bakar - Penang MTB
Thailand’s Immigration Bureau
Thai Customs Department
Royal Thai Police
Khlong Ngae Municipality
Mr. Narong - Hatyai MTB
Mr. Harun - Taratao MTB

Penat lelah kami, penganjur KPLR09 akhirnya terbalas. Banyak maklumbalas diterima. Projek ini adalah usaha gotong royong peneraju berikut:
Zankx
Tok Ki
Ramly SP
Hj Estima
Pak Megat; dan
Long Mie

Dibantu ramai teman rakan taulan dan sahabat handai yang memang best tidak mengharapkan apa-apa ganjaran maupun imbuhan.

Mohon maaf atas kekurangan, moga ketemu lagi dilain waktu.

KPLR's Pic Of The Year

Aturcara Majlis Flag-off KPLR09


17 Okt. 2009; Jalan Padang Katong, Kangar
  • 06:30 pg; Peserta berkumpul
  • 07:10 pg; Ucapan Aluan –       
    • Tn Hj Rashid – Timb Presiden Perlis mtb club
    • Zan KX dari TRM
    • 07:20 pg; 
      • Taklimat oleh Pengarah Kayuhan: Lt Kdr (B) Ramly
      • Bacaan do'a oleh Hj Estima dari Manjung, Perak
    • 07:30 pg; Flag-off oleh Tn Hj Aznal bin Mohd Radzi  wakil YB Tn Jamil b Saad (Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis)

    Kemudahan Tempat Letak Kenderaan


    Pengetua Sekolah Menengah Putra, En Gazali bin Abdullah telah bermurah hati membenarkan peserta KPLR09 meletakkan kenderaan masing-masing di tempat letak kereta Dewan Besar Sek. Men. Putra. Lokasi ini sangat strategik kerana bersebelahan dengan tempat Flag-off. Pihak Sekolah tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan dan kehilangan kenderaan.


    Sebagai menghargai pertolongan ini pihak urusetia akan menghadiahkan T-shirt KPLR kepada En Gazali dengan ucapan Terima Kasih Daun Keladi.

    View KPLR Flag-off in a larger map

    Hari ke 2; Kaedah Kawalan

    Hari Kedua; Kaedah Kawalan.
    Semua rider akan berlepas utk berkayuh dalam 1 lane.

    1.          4 riders (sebagai Marsyall) bergerak secara 2 orang berpasangan bagi menunjukan arah laluan kayuhan disimpang . Ini penting kerana terdapat beberapa simpang antara Hotel ke Route 4 yang boleh mengelirukan rider. Lalulintas sangat sebok dan terdapat banyak traffic light.
    2.          Kayuhan bermula jam 12.30ptg.
    Utk perjalanan ini slow rider akan bermula terlebih dahulu. Bertujuan bagi mengelakkan mereka tertinggal di kawasan Bandar. Marsyall akan membawa (membimbing) mereka keluar hingga ke Route 4. Kaedah seperti masuk daripada Stesyen Shell/Masjid Hijau digunapakai. Kumpulan ini bergerak dalam aggaran 10 orang dengan seorang ketua. Setelah masuk ke Route 4 kumpulan ini meneruskan kayuhan. Begitulah seterusnya diikuti oleh Medium Group. Untuk fast rider mereka ini perlu memastikan tiada rider yang tertinggal di belakang laluan hotel ke route 4 ini. Setelah memasuki Route 4 mereka boleh terus membuat kayuhan mengikut arahan leader masing-masing.

    Di Route 4 ini mereka akan melalui Bun Phru, Patong, Phang La dan Prik hingga ke Sadao. Sila berkayuh di sidetable jalan(laluan basikal/motosikal) kerana kenderaan bergerak laju.

    (Berdasarkan kategori Slow rider)
    3.          Dari Hatyai ke Sadao – Jarak 45km – (Anggaran 2jam 45min)
    Jangkamasa bergerak anggaran jam 12.30ptg dan dijangka sampai jam 3.15 ptg.
    Perjalanan kayuhan sejauh 45km. Masa anggaran diambil kira kesesakan lalulintas keluar dari Hatyai dan cuaca panas yang mengganggu rentak kayuhan.

    Terdapat masjid disepanjang laluan kebanyakannya disebelah kanan laluan.
    Jam 3.00ptg lori sweeper start pick up rider sepanjang perjalanan ke Sadao. Drop rider kat Simpang Sadao.

    4.          Dari Sadao ke Padang Besar – Jarak 14.5km – (Anggaran 40 min)
    Jangkamasa bergerak anggaran jam 3.20ptg dan dijangka sampai jam 4.00ptg.
    Jam 4.000ptg lori sweeper start pick up rider yg gagal sampai ke Pdg Besar mengikut waktu. Drop rider di Imegresen PB.

    5.          Imigresen Pdg Besar – (Anggaran 1.00 jam)
    Peserta yg sampai awal sila buat urusan dan berehat untuk berkumpul semula. (Maklumkan kepada rakan-rakan sekiranya ada peserta yg ingin terus berkayuh utk bersolat di Masjid Pdg Besar).
    6.          Dari Pdg Besar – Kangar – Jarak 34km (Anggaran 1 jam45 min)
    Laluan ini agak sebok. Ada beberapa simpang terutama apabila menghampiri Kangar. Anggaran JMB adalah pada jam 5.15ptg dan JMT Padang Katong sekitar 7.00ptg Laluan akan melalui jalan Timah Tasoh bagi mengelakkan kesesakan laluan bandar. Sila ikuti arahan Marshall.

    Lori sweeper akan membuat sweeping mulai jam 6.30ptg dan menghantar mereka ke Padang Katong, Kangar.

    Kaedah Kawalan Day 1


    Kaedah Kawalan:
    Semua rider akan berlepas utk berkayuh didalam 2 lane.


    1.         4 riders (sebagai Marsyall). Bergerak secara 2 orang berpasangan bagi menunjukan arah laluan kayuhan disimpang . Ini penting kerana terdapat beberapa simpang antara Padang Katong dan Wang Kelian yang boleh mengelirukan rider. 
    2.         Kayuhan bermula jam 7.30pg.
                Untuk fast rider mereka ini rasanya tiada masalah. Mereka boleh terus membuat kayuhan mengikut arahan leader masing-masing. Berkemungkinan mereka akan terus kayuhan keHotel. 


    (Berdasarkan kategori Medium/Slow rider)
    3          Dari Padang Katong ke Wang Kelian – Jarak 37km
    Perjalanan kayuhan sejauh 30km landai dan 7km berbukit naik turun. Masa yang diambil adalah dalam anggaran 2 1/2 jam (10.00pg jangkamasa tiba Wang Kelian). Jam 9.45pg lori sweeper start pick up rider sepanjang perjalanan ke Wang Kelian. Drop rider kat Imegresen Wang Kelian.
     4.         Dari Wang Kelian ke KM56 Simpang Lampu Isyarat Satun/Hatyai – Jarak 20km
                Jangkamasa bergerak anggaran jam 11.00pg dan dijangka sampai jam 12.00tgh.
     5.         Dari KM56 ke KM97 – Jarak 40km (2.00ptg jangkamasa tiba KM97- simpang lampu isyarat ke Hatyai)
                Jangkamasa kayuhan anggaran 2 jam. Dikawasan ini rider akan berkayuh secara single lane disebabkan keadaan traffic. Rider dijangka mengalami sedikit keletihan dan cuaca panas. Lori diminta untuk buat sweeping dilaluan ini mulai jam 1.45ptg dan menghantar mereka ke KM97 utk makan tgh/rehat.
     6.         Dari KM97 - KM127 – Jarak 30km (Anggaran 1 ½ jam)
                Anggaran Jangkamasa Bertolak adalah pada jam 3.00ptg dan Jangkamasa Tiba Masjid Hijau/Shell sekitar 4.30ptg. Laluan ini agak sebok juga. Lori diminta buat sweeping mulai jam 4.15ptg  dilaluan ini dan menghantar mereka ke Masjid Hijau/Shell.
     7.         Dari Shell ke Hotel Florida – Jarak 7km
    Laluan agak sebok. Hampir tiada bahu jalan utk kemudahan berkayuh. Fast rider yg telah sampai dan tahu laluan hotel diminta datang untuk membantu membawa group 10 orang kesana.


    Maklumat Peserta KPLR2009 - terkini

    Sila semak no. bilik dan rakan sebilk masing-masing disini, guna filter untuk mudahkan carian. Hubungi urusetia jajahan jika ada kekeliruan. Agihan bilik ini adalah untuk melicinkan urusan check-in di Hotel Florida kelak. No. bilik sebenar hanya akan diperolehi setelah tiba di sana.


    Practice Good Peloton Etiquette


    Practice Good Peloton Etiquette
    - Everyone in the peloton has to contribute to the workload. That means taking your fair share of pulls at the front. It’s ok to do shorter pulls, especially if you are tired. Just do a token pull, indicate and pull off to the right & back after you’ve established it is safe to do so.

    - When you go to the front, always keep a constant & steady speed. Do not accelerate or show how fast you are. It is not a race, moron!
    - Typically everyone climbs at their own pace. So after a climb, recover & regroup before setting off again.
    - Do not pull too long at the front. Always reserve some energy

    Ride single file

    - It is illegal in some areas to ride more than two abreast. Avoid doing this.
    - In our country, the roads are narrow and winding. It is better to ride single filed in this case, unless it is safe to ride a double pace line.