Pelepasan Tanggungan

Oleh kerana penyertaan Kayuhan Pecah Lemak Raya ini tidak mempunyai borang penyertaan, maka pihak penganjur memutuskan supaya setiap penyertaan diwajibkan menandatangani borang "Pelepasan Tanggungan". Sila download dan cetak borang ini; isi dan tandatangan di ruang yang berkenaan. Serahkan borang ini kepada urusetia kawasan masing-masing iaitu ZanKX, Pak Megat, Estima dan RamlySP. Borang ini juga boleh diserahkan semasa kutipan T-Shirt. Kegagalan menyerahkan borang ini akan menjejaskan penyertaan tuan-tuan. Kerjasama peserta amat dihargai bagi melancarkan perjalanan program ini dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Pembayaran

Bagi melancarkan persiapan program ini, Committee memohon kerjasama para peserta untuk membuat bayaran pada atau sebelum 28/09/2009. Ini bagi kami membuat bayaran kepada pembekal T-Shirt (bukan Jersery tau) dan bayaran deposit Hotel. Memandangkan tarikh kayuhan adalah cuti umum di Malaysia; pihak Hotel di Thailand selalunya menaikkan kadar, untuk mengelakkan perkara ini pembayaran perlu dibuat terlebih dahulu. Justeru itu bagi melicinkan pelaksanaan program; maka dengan ini dimaklumkan bahawa penyertaan akan terbatal secara automatis jika bayaran tidak dibuat pada atau sebelum 28/09/2009

FULL HOUSE

FULL HOUSE. Jam 10:20 mlm pada hari ini 15/09/2009 penyertaan yang ke 150 telah pun diterima oleh Ramly SP. Maka dengan ini kami tidak lagi menerima penyertaan dan sekarang menumpu perhatian sepenuhnya ke arah pengelolaan kayuhan dan kesejahteraan para peserta pergi dan balik.
Hebahan dan pengumuman akan dikeluarkan dari masa kesemasa. Diminta para peserta selalu singgah di site ini untuk makluman. Terima Kasih atas sokongan rakan-rakan, Kepercayaan anda membarakan iltizam kami.

Tempahan T-shirt untuk bukan peserta

Di atas permintaan kekawan, maka Commitee dengan penuh kasih dan mesra telah bersetuju untuk menerima tempahan T-Shirt bagi bukan peserta KPLR. Namun begitu sedikit royalti terpaksa dikenakan atas sebab menampung kos, strategi dan pengurusan. Harga bagi 1 helai untuk bukan peserta adalah RM25.00 sahaja. Mulai hari ini peserta KPLR yang hendak menempah T-Shirt extra juga dikenakan harga RM25.00. Tarikh tutup penerimaan tempahan adalah 28/09/2009 jam 12.03 tengah malam. Tempahan boleh dibuat mulai hari ini, sila berurusan terus dengan ZanKX, Tok Megat, Hj Estima dan RamlySP sama ada melalui telefon, sms, email dan shoutbox Northern MTB Bersekutu. Tempahan melalui pos surat dan telegram mintak maaf.

Laluan KPLR 2009


Laluan KPLR2009.  View this route in Google Earth 3D **Kayuhan hari pertama akan berakhir di Hotel Florida. Lokasi Hotel Florida boleh dilihat dipeta ini.


Florida Hotel Hatyai
8 Sripuwanart Road
Hatyai, Songkhla 90110
Thailand
Tel. 66-74-234554-9
Fax. 66-74-234553

Route profile - Elevation:

  • Min: 5m
  • Max: 320m
  • Ascent: 614m
  • Descent: -611m

** 3D view requires Google Earth.