Memaparkan catatan dengan label T-Shirt. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label T-Shirt. Papar semua catatan

Tempahan T-shirt untuk bukan peserta

Di atas permintaan kekawan, maka Commitee dengan penuh kasih dan mesra telah bersetuju untuk menerima tempahan T-Shirt bagi bukan peserta KPLR. Namun begitu sedikit royalti terpaksa dikenakan atas sebab menampung kos, strategi dan pengurusan. Harga bagi 1 helai untuk bukan peserta adalah RM25.00 sahaja. Mulai hari ini peserta KPLR yang hendak menempah T-Shirt extra juga dikenakan harga RM25.00. Tarikh tutup penerimaan tempahan adalah 28/09/2009 jam 12.03 tengah malam. Tempahan boleh dibuat mulai hari ini, sila berurusan terus dengan ZanKX, Tok Megat, Hj Estima dan RamlySP sama ada melalui telefon, sms, email dan shoutbox Northern MTB Bersekutu. Tempahan melalui pos surat dan telegram mintak maaf.

Hebahan KPLR2009 - T-Shirt Rasmi


Acara kayuhan KPLR yang julung-julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan hangat yang tidak disangka-sangka. Pihak urusetia dengan ini merakamkan penghargaan yang tidak terhingga. Kami berjanji akan berusaha untuk menjayakan projek kayuhan ini terbaik yang boleh. Namun begitu harus disedari "manusia hanya merancang tetapi tuhan yang menentukan". Sehubungan dengan itu kami akan hebahkan maklumat terkini dari masa ke semasa melalui blog ini dan lain-lain blog yang bersekutu.
Dengan ini diisytiharkan rekabentuk T-Shirt KPLR 2009 seperti yang tertera di atas. Terima kasih kepada Pak Megat atas usaha dan passion beliau untuk menghasilkan rekabentuk yang menarik.

Design T-Shirt

T-Shirt rasmi KPLR 2009 :- Terima kasih atas usaha Pak Megat