Mari Masuk Perlis Mountainbike Jamboree 2010

Pendaftaran dibuka mulai 04 Disember 2009 dan ditutup pada 31 Januari 2010. Yuran penyertaan RM50.00.
Download Borang

Sekapur Sireh, Seulas Pinang

Kelab Mountain Bike Negeri Perlis (selepas ini dikenali dengan Perlis MTB Club) di bawah Penaung Program DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (Raja Muda Perlis) dengan kerjasama  Kerajaan Negeri Perlis di bawah Exco Pelancongan dan Kesihatan, dan Exco Belia, Sukan, Kebudayaan, Kesenian, Sumber Manusia dan Perpaduan, dengan bangganya mengumumkan Program Perlis Mountaain Bike Jamboree 2010 yang akan berlansung pada 14 Mac 2010 akan datang. Pogram ini merupakan julung-julung kali diadakan di Negeri Perlis ini, walaupun sebelum ini beberapa acara besar melibatkan kayuhan basikal telah diadakan, seperti  Perlis Open, Malaysia, (Road Race) setiap tahun, …. Namun ia bersifat perlumbaan (racing) basikal on-road (road bike).
Kayuhan Basikal bukit secara off-road,  dengan konsep Jamboree merupakan pertama kali di negeri Perlis yang indah lagi mempersona. Kami menjangka  program ini bakal menjadi tarikan kepada penggemar basikal bukit untuk berkunjung ke Negeri Perlis dan menyertai program ini di samping menikmati keindahan panorama yang tiada tolok bandingnya. Lebih seribu peserta dijangka akan  berhimpun di perkampongan Kampus Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Ulu Pauh, venue utama Program Jamboree Perlis MTB 2010.
Objektif  utama jamboree ini ialah untuk menghimpun peminat mountaain bike di seluruh negara termasuk negara-negara jiran untuk saling berkenalan dan menikmati kayuhan dengan latar belakang trek berbukit bukau dan alam semulajadi yang masih terpelihara. Di samping itu kami juga berharap ia akan menjadikan Perlis sebagai destinasi pelancongan berasaskan  sport tourism.
RIDE UP NORTH adalah tag-line gambaran satu-satunya program kayuhan MTB yang menyediakan keunikan tersendiri sesuai sebagai negeri yang paling utara di semenanjung  Malaysia dan mempunyai tiga (3) pintu masuk antarabangsa dengan negara jiran Thailand. “Berbasikal, bersosial, off-road, alam semulajadi, berbukit bukau, lasak,  dan keharmonian menjadi elimen penting kepada RIDE UP NORTH itu sendiri.
Kami sangat yakin Perlis Mountain Bike Jamboree 2010 ini akan memehat sejarahnya  tersendiri  dan akan meninggalkan seribu kenangan manis yang tak mungkin dilupakan oleh  peserta-peserta kayuhan dan penganjur secara kekeseluruhan.
 PERLIS MOUNTAIN BIKE JAMBOREE 2010; menerima impak besar dengan penglibatan segenap pihak  dalam penganjuran terutama dengan Perkenan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis menjadi penaung kepada Program ini, sekaligus meletakkan event ini pada suatu tahap tersendiri, unik dan penuh dengan simbolik kepada sukan basikal bukit (mountain bike). Sokongan dan dokongan YB Ahmad Bakri Dato’ Ali (exco Pelancongan dan Kesihatan) dan YB Abdul Jamil Saad (Exco Belia,  Sukan, Kebudayaan, Kesenian, Sumber Manusia dan Perpaduan ) dan Agensi-agensi kerajaan, Negeri dan Persekutuan dalam menjayakan program ini  memberi  inspirasi tidak terhingga kepada kelab MTB Perlis dan  khalayak peminat mountain bike seluruhnya.




KPLR; the Concept - by Hj Estima



 Konsep KPLR memang lain dari lain

 
Kaedahnya: Kayuhan sambil melancong
  1. Mottonya: Yang Laju didahulukan yang perlahan ditinggalkan.(Tak pa Lori akan sweep anda)
  2. No speed limit – berapa laju anda mampu, silakan …dan berapa lama jangkawaktu…..kalau cutoff time sampai, lori sweep anda.
  3. Konsep kayuhan adalah berbentuk self organize, self reliance and independent. Next time kalau diadakan lagi insyallah…sesiapa rider sampai Hatyai just get taxi motosikal to bring them to the Hotel. No need to fetch them.
  4. Food and Water station at your own preference.
  5. Bagasi anda diuruskan oleh Intan, Siti Frontier atau Cindy Hilux.
  6. Penginapan diuruskan.
  7. Sediakan dokumen anda dan perlepasan tanggungan...
  8. Bukan Jamboree atau pun Race, tetapi kayuhan berkualiti ikut kemampuan diri.
  9. KPLR unik kerana Marshall pun sama berkayuh.
  10. Tiada orang tunggu di simpang memberi menunjuk arah. Hanya yang ada makluman arahan didalam BLOG.
  11. KPLR bukan bermotif keuntungan, tetapi memberi kayuhan kepuasan.
  12. KPLR bukan tempat belasahan ... tertinggal peloton depan ..jangan takut, akan ada peloton lain dibelakang.
  13. Ada yang masok bandar Hatyai sesat cari hotel; bayar RM3 TAXI Motor tolong tunjukkan.
  14. Ada Peloton tanya NYONYA kedai, dia pi tunjuk FREE dengan Motorsikal.


TRIMA KSIH KEPADA ANDA SEMUA

Setinggi penghargaan kepada semua peserta dari jauh dan dekat kerana mengisi kayuhan dengan aneka gaya. Terimakasih tidak terhingga kepada:

YAB Menteri Besar Perlis
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis
Kastam Diraja Malaysia
Jabatan Imigresen
Polis Diraja Malaysia
Jabatan Pelajaran Negeri Perlis
Pengetua Sekolah Menengah Putra, Kangar
Ketua Biro Bernama, Perlis
Consul General of Malaysia, Songkhla
En Bakar - Penang MTB
Thailand’s Immigration Bureau
Thai Customs Department
Royal Thai Police
Khlong Ngae Municipality
Mr. Narong - Hatyai MTB
Mr. Harun - Taratao MTB

Penat lelah kami, penganjur KPLR09 akhirnya terbalas. Banyak maklumbalas diterima. Projek ini adalah usaha gotong royong peneraju berikut:
Zankx
Tok Ki
Ramly SP
Hj Estima
Pak Megat; dan
Long Mie

Dibantu ramai teman rakan taulan dan sahabat handai yang memang best tidak mengharapkan apa-apa ganjaran maupun imbuhan.

Mohon maaf atas kekurangan, moga ketemu lagi dilain waktu.

KPLR's Pic Of The Year

Aturcara Majlis Flag-off KPLR09


17 Okt. 2009; Jalan Padang Katong, Kangar
  • 06:30 pg; Peserta berkumpul
  • 07:10 pg; Ucapan Aluan –       
    • Tn Hj Rashid – Timb Presiden Perlis mtb club
    • Zan KX dari TRM
    • 07:20 pg; 
      • Taklimat oleh Pengarah Kayuhan: Lt Kdr (B) Ramly
      • Bacaan do'a oleh Hj Estima dari Manjung, Perak
    • 07:30 pg; Flag-off oleh Tn Hj Aznal bin Mohd Radzi  wakil YB Tn Jamil b Saad (Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis)

    Kemudahan Tempat Letak Kenderaan


    Pengetua Sekolah Menengah Putra, En Gazali bin Abdullah telah bermurah hati membenarkan peserta KPLR09 meletakkan kenderaan masing-masing di tempat letak kereta Dewan Besar Sek. Men. Putra. Lokasi ini sangat strategik kerana bersebelahan dengan tempat Flag-off. Pihak Sekolah tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan dan kehilangan kenderaan.


    Sebagai menghargai pertolongan ini pihak urusetia akan menghadiahkan T-shirt KPLR kepada En Gazali dengan ucapan Terima Kasih Daun Keladi.

    View KPLR Flag-off in a larger map

    Hari ke 2; Kaedah Kawalan

    Hari Kedua; Kaedah Kawalan.
    Semua rider akan berlepas utk berkayuh dalam 1 lane.

    1.          4 riders (sebagai Marsyall) bergerak secara 2 orang berpasangan bagi menunjukan arah laluan kayuhan disimpang . Ini penting kerana terdapat beberapa simpang antara Hotel ke Route 4 yang boleh mengelirukan rider. Lalulintas sangat sebok dan terdapat banyak traffic light.
    2.          Kayuhan bermula jam 12.30ptg.
    Utk perjalanan ini slow rider akan bermula terlebih dahulu. Bertujuan bagi mengelakkan mereka tertinggal di kawasan Bandar. Marsyall akan membawa (membimbing) mereka keluar hingga ke Route 4. Kaedah seperti masuk daripada Stesyen Shell/Masjid Hijau digunapakai. Kumpulan ini bergerak dalam aggaran 10 orang dengan seorang ketua. Setelah masuk ke Route 4 kumpulan ini meneruskan kayuhan. Begitulah seterusnya diikuti oleh Medium Group. Untuk fast rider mereka ini perlu memastikan tiada rider yang tertinggal di belakang laluan hotel ke route 4 ini. Setelah memasuki Route 4 mereka boleh terus membuat kayuhan mengikut arahan leader masing-masing.

    Di Route 4 ini mereka akan melalui Bun Phru, Patong, Phang La dan Prik hingga ke Sadao. Sila berkayuh di sidetable jalan(laluan basikal/motosikal) kerana kenderaan bergerak laju.

    (Berdasarkan kategori Slow rider)
    3.          Dari Hatyai ke Sadao – Jarak 45km – (Anggaran 2jam 45min)
    Jangkamasa bergerak anggaran jam 12.30ptg dan dijangka sampai jam 3.15 ptg.
    Perjalanan kayuhan sejauh 45km. Masa anggaran diambil kira kesesakan lalulintas keluar dari Hatyai dan cuaca panas yang mengganggu rentak kayuhan.

    Terdapat masjid disepanjang laluan kebanyakannya disebelah kanan laluan.
    Jam 3.00ptg lori sweeper start pick up rider sepanjang perjalanan ke Sadao. Drop rider kat Simpang Sadao.

    4.          Dari Sadao ke Padang Besar – Jarak 14.5km – (Anggaran 40 min)
    Jangkamasa bergerak anggaran jam 3.20ptg dan dijangka sampai jam 4.00ptg.
    Jam 4.000ptg lori sweeper start pick up rider yg gagal sampai ke Pdg Besar mengikut waktu. Drop rider di Imegresen PB.

    5.          Imigresen Pdg Besar – (Anggaran 1.00 jam)
    Peserta yg sampai awal sila buat urusan dan berehat untuk berkumpul semula. (Maklumkan kepada rakan-rakan sekiranya ada peserta yg ingin terus berkayuh utk bersolat di Masjid Pdg Besar).
    6.          Dari Pdg Besar – Kangar – Jarak 34km (Anggaran 1 jam45 min)
    Laluan ini agak sebok. Ada beberapa simpang terutama apabila menghampiri Kangar. Anggaran JMB adalah pada jam 5.15ptg dan JMT Padang Katong sekitar 7.00ptg Laluan akan melalui jalan Timah Tasoh bagi mengelakkan kesesakan laluan bandar. Sila ikuti arahan Marshall.

    Lori sweeper akan membuat sweeping mulai jam 6.30ptg dan menghantar mereka ke Padang Katong, Kangar.

    Kaedah Kawalan Day 1


    Kaedah Kawalan:
    Semua rider akan berlepas utk berkayuh didalam 2 lane.


    1.         4 riders (sebagai Marsyall). Bergerak secara 2 orang berpasangan bagi menunjukan arah laluan kayuhan disimpang . Ini penting kerana terdapat beberapa simpang antara Padang Katong dan Wang Kelian yang boleh mengelirukan rider. 
    2.         Kayuhan bermula jam 7.30pg.
                Untuk fast rider mereka ini rasanya tiada masalah. Mereka boleh terus membuat kayuhan mengikut arahan leader masing-masing. Berkemungkinan mereka akan terus kayuhan keHotel. 


    (Berdasarkan kategori Medium/Slow rider)
    3          Dari Padang Katong ke Wang Kelian – Jarak 37km
    Perjalanan kayuhan sejauh 30km landai dan 7km berbukit naik turun. Masa yang diambil adalah dalam anggaran 2 1/2 jam (10.00pg jangkamasa tiba Wang Kelian). Jam 9.45pg lori sweeper start pick up rider sepanjang perjalanan ke Wang Kelian. Drop rider kat Imegresen Wang Kelian.
     4.         Dari Wang Kelian ke KM56 Simpang Lampu Isyarat Satun/Hatyai – Jarak 20km
                Jangkamasa bergerak anggaran jam 11.00pg dan dijangka sampai jam 12.00tgh.
     5.         Dari KM56 ke KM97 – Jarak 40km (2.00ptg jangkamasa tiba KM97- simpang lampu isyarat ke Hatyai)
                Jangkamasa kayuhan anggaran 2 jam. Dikawasan ini rider akan berkayuh secara single lane disebabkan keadaan traffic. Rider dijangka mengalami sedikit keletihan dan cuaca panas. Lori diminta untuk buat sweeping dilaluan ini mulai jam 1.45ptg dan menghantar mereka ke KM97 utk makan tgh/rehat.
     6.         Dari KM97 - KM127 – Jarak 30km (Anggaran 1 ½ jam)
                Anggaran Jangkamasa Bertolak adalah pada jam 3.00ptg dan Jangkamasa Tiba Masjid Hijau/Shell sekitar 4.30ptg. Laluan ini agak sebok juga. Lori diminta buat sweeping mulai jam 4.15ptg  dilaluan ini dan menghantar mereka ke Masjid Hijau/Shell.
     7.         Dari Shell ke Hotel Florida – Jarak 7km
    Laluan agak sebok. Hampir tiada bahu jalan utk kemudahan berkayuh. Fast rider yg telah sampai dan tahu laluan hotel diminta datang untuk membantu membawa group 10 orang kesana.


    Maklumat Peserta KPLR2009 - terkini

    Sila semak no. bilik dan rakan sebilk masing-masing disini, guna filter untuk mudahkan carian. Hubungi urusetia jajahan jika ada kekeliruan. Agihan bilik ini adalah untuk melicinkan urusan check-in di Hotel Florida kelak. No. bilik sebenar hanya akan diperolehi setelah tiba di sana.


    Practice Good Peloton Etiquette


    Practice Good Peloton Etiquette
    - Everyone in the peloton has to contribute to the workload. That means taking your fair share of pulls at the front. It’s ok to do shorter pulls, especially if you are tired. Just do a token pull, indicate and pull off to the right & back after you’ve established it is safe to do so.

    - When you go to the front, always keep a constant & steady speed. Do not accelerate or show how fast you are. It is not a race, moron!
    - Typically everyone climbs at their own pace. So after a climb, recover & regroup before setting off again.
    - Do not pull too long at the front. Always reserve some energy

    Ride single file

    - It is illegal in some areas to ride more than two abreast. Avoid doing this.
    - In our country, the roads are narrow and winding. It is better to ride single filed in this case, unless it is safe to ride a double pace line.

    Perhatian; Larangan Ke Luar Negara

    Peminjam PTPTN Dinasihati Bayar Pinjaman Sebelum Dilarang Ke Luar Negara


    KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Peminjam Perbadanan Dana Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dinasihati membincangkan pembayaran balik pinjamannya dan jangan menunggu sehingga mereka dilarang ke luar negara.

    Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Dr Hou Kok Chung berkata terdapat 26,000 nama peminjam tegar yang belum membayar pinjaman mereka kira-kira RM400 juta telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen.



    Pesanan Urusetia: Sila semak status anda disini; Elak tangisan di batu sempadan Malaysia-Thailand !!

    Route Day 1


    View KPLR09; Day 1 route in a larger map

    Sign board di KM96; belok ke kanan

    Tempat regroup di Stesen Minyak Shell km 127

    Destinasi; Hotel Florida


    Starting from Padang Katong

    1 Head east toward Jalan Padang Katong - go 233 ft
    2 Turn left at Jalan Padang Katong - go 0.3 mi
    3 Turn right at Jalan Raja Muda - go 0.3 mi
    4 Turn left at Jalan Abi Tok Hashim - go 2.7 mi
    5 Continue on Jalan Padang Melangit - go 5.8 mi
    6 Turn left at Jalan Lencongan Barat Timah Tasoh - go 3.1 mi
    7 Turn left at Route 7 - go 2.8 mi
    8 Turn left at R13 - go 0.8 mi
    9 Take the 2nd right onto R15 - go 0.5 mi
    10 Turn left to stay on R15 - go 4.6 mi
    11 Slight left to stay on R15 - go 2.1 mi

    Arriving at Border Malaysia-Thailand
    Total: 37.1 km

    Starting from Border Malaysia-Thailand
    1 Head northwest on Route 4184 - go 8.6 mi
    2 Turn right - go 0.4 mi
    3 Take the 1st left - go 1.2 mi
    4 Take the 2nd right - go 1.5 mi
    Arriving at road 406
    Total: 18.8 km


    Starting from road 4184
    1 Head west toward Route 406 - go 46 ft
    2 Turn right at Route 406 - go 24.6 mi
    3 Slight right at Route 4/Thanon Phet Kasem - go 36 ft
    4 Turn right to stay on Route 4/Thanon Phet Kasem - go 21.3 mi
    Continue to follow Route 4
    5 Turn right at Route 4/Phet Kasem - go 36 ft
    6 Continue on Thanon Polpichai - go 0.6 mi
    7 Turn left at Si Phuwanat - go 0.2 mi
    8 Continue on Thanon Sripoovanart - go 0.5 mi
    9 Turn right at Thanon Jomgetpatana - go 89 ft

    Arriving at Hotel Florida
    Total: 76.0

    Peta Lokasi Permulaan KPLR2009


    View KPLR Flag-off in a larger map

    Lokasi permulaan KPLR2009;
    • Kordinat;- 6 26.665 N  100 11.136 E
    • Bersebelahan Dewan Besar Sekolah Menengah Putra, Jalan Padang Katong.
    • Berhadapan Masjid Ariffin (digalakkan solat suboh disini untuk pengurusan masa).
    • Peserta dikehendaki berkumpul jam 06:30 pg untuk susun/letak beg pakaian ke dalam lori.
    • Sesi taklimat oleh Pengarah Kayuhan Lt Kdr(B) Ramly dan wakil tuan rumah.
    • Flag-off oleh YAB Menteri Besar Perlis.
    Hotel Florida, Hatyai;
    • 81 buah bilik telah ditempah oleh urusetia
    • Hotel mengalukan kedatangan dengan banner; "WELCOME KPLR 2009 RIDERS TO HATYAI"
    • Welcome drink untuk peserta.
    • Nombor bilek penginapan para peserta akan diumumkan di Blog ini.
    Watch out this space; more updates coming soon ..... !!

    Pelepasan Tanggungan

    Oleh kerana penyertaan Kayuhan Pecah Lemak Raya ini tidak mempunyai borang penyertaan, maka pihak penganjur memutuskan supaya setiap penyertaan diwajibkan menandatangani borang "Pelepasan Tanggungan". Sila download dan cetak borang ini; isi dan tandatangan di ruang yang berkenaan. Serahkan borang ini kepada urusetia kawasan masing-masing iaitu ZanKX, Pak Megat, Estima dan RamlySP. Borang ini juga boleh diserahkan semasa kutipan T-Shirt. Kegagalan menyerahkan borang ini akan menjejaskan penyertaan tuan-tuan. Kerjasama peserta amat dihargai bagi melancarkan perjalanan program ini dan didahului dengan jutaan terima kasih.

    Pembayaran

    Bagi melancarkan persiapan program ini, Committee memohon kerjasama para peserta untuk membuat bayaran pada atau sebelum 28/09/2009. Ini bagi kami membuat bayaran kepada pembekal T-Shirt (bukan Jersery tau) dan bayaran deposit Hotel. Memandangkan tarikh kayuhan adalah cuti umum di Malaysia; pihak Hotel di Thailand selalunya menaikkan kadar, untuk mengelakkan perkara ini pembayaran perlu dibuat terlebih dahulu. Justeru itu bagi melicinkan pelaksanaan program; maka dengan ini dimaklumkan bahawa penyertaan akan terbatal secara automatis jika bayaran tidak dibuat pada atau sebelum 28/09/2009

    FULL HOUSE

    FULL HOUSE. Jam 10:20 mlm pada hari ini 15/09/2009 penyertaan yang ke 150 telah pun diterima oleh Ramly SP. Maka dengan ini kami tidak lagi menerima penyertaan dan sekarang menumpu perhatian sepenuhnya ke arah pengelolaan kayuhan dan kesejahteraan para peserta pergi dan balik.
    Hebahan dan pengumuman akan dikeluarkan dari masa kesemasa. Diminta para peserta selalu singgah di site ini untuk makluman. Terima Kasih atas sokongan rakan-rakan, Kepercayaan anda membarakan iltizam kami.

    Tempahan T-shirt untuk bukan peserta

    Di atas permintaan kekawan, maka Commitee dengan penuh kasih dan mesra telah bersetuju untuk menerima tempahan T-Shirt bagi bukan peserta KPLR. Namun begitu sedikit royalti terpaksa dikenakan atas sebab menampung kos, strategi dan pengurusan. Harga bagi 1 helai untuk bukan peserta adalah RM25.00 sahaja. Mulai hari ini peserta KPLR yang hendak menempah T-Shirt extra juga dikenakan harga RM25.00. Tarikh tutup penerimaan tempahan adalah 28/09/2009 jam 12.03 tengah malam. Tempahan boleh dibuat mulai hari ini, sila berurusan terus dengan ZanKX, Tok Megat, Hj Estima dan RamlySP sama ada melalui telefon, sms, email dan shoutbox Northern MTB Bersekutu. Tempahan melalui pos surat dan telegram mintak maaf.

    Laluan KPLR 2009


    Laluan KPLR2009.  View this route in Google Earth 3D **Kayuhan hari pertama akan berakhir di Hotel Florida. Lokasi Hotel Florida boleh dilihat dipeta ini.


    Florida Hotel Hatyai
    8 Sripuwanart Road
    Hatyai, Songkhla 90110
    Thailand
    Tel. 66-74-234554-9
    Fax. 66-74-234553

    Route profile - Elevation:

    • Min: 5m
    • Max: 320m
    • Ascent: 614m
    • Descent: -611m

    ** 3D view requires Google Earth.

    Hebahan KPLR2009 - T-Shirt Rasmi


    Acara kayuhan KPLR yang julung-julung kali diadakan ini telah mendapat sambutan hangat yang tidak disangka-sangka. Pihak urusetia dengan ini merakamkan penghargaan yang tidak terhingga. Kami berjanji akan berusaha untuk menjayakan projek kayuhan ini terbaik yang boleh. Namun begitu harus disedari "manusia hanya merancang tetapi tuhan yang menentukan". Sehubungan dengan itu kami akan hebahkan maklumat terkini dari masa ke semasa melalui blog ini dan lain-lain blog yang bersekutu.
    Dengan ini diisytiharkan rekabentuk T-Shirt KPLR 2009 seperti yang tertera di atas. Terima kasih kepada Pak Megat atas usaha dan passion beliau untuk menghasilkan rekabentuk yang menarik.

    T-Shirt for KPLR 2009

    Finalized Design !

    Ride Details 4 KPLR 2009

    ~ Ride Details ~
    Start and Finish : All rides Start/Finish at Padang Katong, Kangar Perlis
    Distance : 224 km
    Speed Guide Line (ave. speed) :
    • Slow : 20 ~ 23 km/h
    • Medium : 24 ~ 29 km/hr
    • Fast : 30+ km/h
    Closing Date (Registration & Payment) : 28th Sept 2009. Limited to 150 riders.
    The Ride :
    • 17th Oct Time 07.00 - Meet at Padang Katong, Kangar Perlis. Short Brief byKGB and zankx. On completion start ride. Route Pdg Katong - Wang Kelian approx. 37 km. Regroup at Wang Kelian for documentation & breakfast. Lunch at KM 95. Day 1 finish at 132km at Hotel Florida, Hatyai
    • 18th Oct Time 13.00 - Regroup for departure. Route Hatyai - Sadao - Pdg Besar - Kangar approx 92 km. Regroup at Padang Besar for documentation.
    Rule of The Road and The Ride :
    1. Know ur' pace and be in group i.e. Slow, Medium or Fast.
    2. For safety reasons "NO SOLO RIDE" or showing "kamikaze ride".
    3. KPLR 2009 @ Long Distance Ride are 'suitable for all level from beginners to hardcore. Rides include some 'moderate' hill climbs.
    4. Bring your own snack food, fluids and drink for/on the ride.
    5. Spare cash money Thailand Bhat at least 300.00 Bhat.
    6. Bring at least 2 spare tubes, pump, 2 water bottles and some pocket food.
    7. Medium group rides are 'recreational' and those 'excited' and wanted to test their fitness, join Fast group. No Speed Limit !
    Registration :
    • Registration for KPLR : RM 50.00 only including accommodation (sharing - 3 persons), T-Shirt and support car.
    • If you need 2b alone - let us know. But you have to pay RM 60.00 accommodation, RM 20.00 T-Shirt + RM 10.00 for support team.
    Payment : 
    • ZanKX ~ h/phone 019 5775488 - Perlis, Alor Star & Jitra - CIMB Bank Acc No: 09020007034057 for HASLIZAN HASSAN.
    • Ramly sp ~ h/phone 012 9385016 - Sg. Petani, Baling & Gurun
    • Estima h/phone 019 5587511 ~ Manjung, Perak - Johor.
    • Tok Megat ~ h/phone 012 423551 - Kulim, Gerek Gunung, MKH & Penang - MBB Acc No: 107117294127 for MEGAT ABD HALIM.
    Before Your Ride :
    • Make sure your bike is in good condition. Get 'slick' or semi-slick tires.
    • Bring/check your spare tubes, pump, some pocket food.
    • Border pass, International Passport, Group Border Pass.
    • Money - at least 300.00 Thailand Bhat.
    • Hand phone (make sure it's roaming enabled).
    Last But Not Least : 
    • Learn some basic Thai words (click).
    • Have fun in our "KPLR Ezi Ride and Epi Cranking "

    Declarasi RCT

    Berita terkini ada ramai lagi yang nak joint. Mereka nie tak sanggup nak cucuk badan bawak kavadi. Aku senarai kan nama geng RCT yang nak joint KPLR. Penginapan Geng RCT tempah 3 bilik aja. Kami kongsi bilik.


    1. Iguano
    2. Sokri Said
    3. Rozaidi Omar
    4. Nurazwan Ramli
    5. Badrul
    6. Fahrul


    -Fuad Iguano

    Design T-Shirt

    T-Shirt rasmi KPLR 2009 :- Terima kasih atas usaha Pak Megat

    Mesyuarat Panitia KPLR09

    Ucapan terima kasih tidak terhingga buat saudara RoslanMobil yang menaja Majlis Berbuka Puasa di Restoran Shezan, buat LongMei yang mempengerusikan majlis dengan lancar dan teratur tanpa ada insiden2 yang tidak di ingini serta Lt yang menyediakan tempat yang syahdu serta bersanggup menggotakan janjinya bawa mai salad+1000 island+mayonis.

    Panitia:
    LongMei
    Lt
    Estima
    TokMegat(depa dua ni org panggey tok pasai tua kot no?;)
    Toki
    ZanKX

    Kehadiran:
    RoslanMobil
    CikguDin
    Saiful Manjung
    Gerek2A
    Khalib
    WaDon

    Salah dan silap harap di maafi
    Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

    Saiz T-Shirt Patik

    ~ t-shirt patik saiz 3XLB-) ...
    Razif Baling 

    Makin Panasss !!

    SP tambah sorang lagi  . . . . .
    makin panasssssss !

    Ramly SP 

    Sah ... Restoran Shezan!

    Pilihan tempat Restoran Shezan amat sesuai untuk perbincangan.
    Roslan Jamaludin

    Bravo Zulu !

    Tahniah di atas kreativiti dan komitmen anda . . . . aku amat teruja dgn pilihan warna bloq ini. Keep it up a Good work !

    Tempat Mesyuarat

    Assalammualaikom warahmatullahi wabarakatuh . . . . .

    Sdra Zankx, Toki, Tok Megat  . . . aku dah survey tempat yg hangpa propose tuuu.

    Pertama ~ Restoran Shezan
    Restoran ini mula buka jam 4 ptg.
    Lokasi ~ Jln Cinta Sayang bersebelahan dgn Petronas. Kalau masuk dari IKM Sg Petani terus jumpa trafik light pertama hangpa terus . .trafik kedua kedua pun terus (dari trafik kedua ini nampak Stesyen Minyak Roslan Mobil) . . . terus lagi dan rapat sebelah kiri jumpa trafik light sebelah kiri dah nampak Restoran Shezan. 

    Waktu petang sunyi . . .. Makanan pun ada  . .ambil sendiri nanti depa kira. Western pun ada juga . . Kedai pun nampak bersih . . .sedap mata memandang. . . .tapi tak ada WiFi..

    Kedua ~ Cinta Sayang . . .
    Lokasi kat tempat Coffe House dia . . .buffet RM 30.00

    Ketiga ~ Restoran Nasi Kandar Makbul kat Legenda Height SP. Approx 500m dari Tesco dan 500m dari Masjid Taman Ria. . . .petang sunyi . . .Ada WiFi. Pics tak sempat ambil.

    Note;

    • Aku nampak Pertama dan Ketiga tuuu sesuai. Sekarang musim hujan.
    • Sila persetujuan yg mana.
    • Kat surau depan Cinta Sayang tak brpa sesuai . . .nanti ganggu jemaah lain . . .
    • Kat cinta sayang . . .aku tak pernah dok kat coffee house tuuu. Nanti kita nak berbuka nak keluar jauh pula . . .apa2 pun saya ikut kata putus Penganjur !
    Salam dan Selamat Berbuka


    Ramly SP

    Perah Otak

    Ini lah yang dikata kan BRAINSTORMING..... kutip sana sket kutip sini sket..dan pakat pakat contribute idea.. baru lah namapak gah....programme kali nie....
    Megat Halim 

    Sembah Seorang Juak


    Arakian,


    Patik pacal-pacal yang hina mohon mengadap mempersembahkan Gajah Putih bergading Perak...berantaikan Timah....yang telah lebih sepurnama bertapa dan memutih di Hulu Mukim Manjung. Mohon patik pacal-pacal yang hina juga mengadapsembah memohon sepersalinan lengkap bertatah mohor di Raja sebagai kenangan dan laba memujuk sang Gajah Beragan serta dipertonton di persada mukim.....Patik pacal-pacal di Hulu Mukim Manjung juge merafak sembah berase amat sukecite dan teruje dengan persembahan Tok Pawang Di Raja....setinnggi pujian kepada memanda menteri yang memperkenalkan nya kepada Istana.....

    Juak menyambut seruan menyampai perkhabaran Di Raja ingin turut serta....patik pacal-pacal sedia mengiring........

    mengasah pisau tumpul lagi mudah dari mengasah ilmu cetek yang tohor.......


    Hj Zul369    

    Perhh ... !!


    Perrhhhh....kerabat diraja pun turun mai kayuh skali, kemaihhhhhh 

    -Odd-

    Gendang Perang Dipalu


    Tuanku Mahkota bangkit dari persemayamnya. Lantas bertitah
    "Datuk Menteri sekelian. Siapkan segala laskar, juak-juak dan biti-biti perwara, kembangkan layar bahtera di Ulee Lheu. Kembangkan sekelian obor-obor Diraja. Naikkan panji-panji kebesaran. Tiup Nafiri dan palu gendang perang. Lepaskan semboyan 26 das tembakan di muara. BERSIAP BETA NAK KAYUH PECAH LEMAK!!!"

    Let's Do It !!

    My View ~ Satu titik permulalan yg baik @ positif. Bukan mudah gabungan 'pakatan gerek' merealisasikan xtvt ini ~ Yes We Can Do it . . . . . Kalau tidak Sekarang ~ BILA ? . . .Kalau tidak kita ~ SIAPA ? Kalau jumlah dah cecah 50 we have to sit down and 'plan our ride' . . .kalau tak boleh demam kora Zankx & Toki he he he.


    no worries . . . . let do it !
    Ramly SP 

    Papoi Si ZanKX


    Salam semua buat rakan2,
    50 org...!!! Biaq betui woi.. Papoi aku... Huhuhu..
    Seriously, hamba amat terpesona dgn nurani kalian semua. Terima kasih atas cadangan & feedback yg pantas serta jelas. Kalau begitu kehendak kalian semua, insyaallah minggu ni juga kita majukan aturcara majlis ni. Sebenarnya dah draft pun tp dok tokok tambah bila dpt input dr kalian semua. Lagi satu dok mark route tu bg semua paham jelas hentian2 yg sesuai tp line berokband pulak terkemut2 nak mengoogle map… Cuba memberi yg terbaik...
    ZanKX

    projek tahunan

    Langkah permulaan yang baik. Walaupun belah utara kita ni banyak kelab basikal, kita belum dapat mengenali diantara satu sama lain. Sekadar bertemu di jamboree atau ride yang lainnya.
    Insyaalah KPLR ini merupakan salah satu cara utk kita lebih mendekatkan diantara satu sama lain secara lebih sihat. Dapat mengadakan aktiviti riadah secara lebih terbuka.

    Sokong

    Satu usul/cadangan yg baik apatah lagi dgn melibatkan pihak media ~ Great !. . . . why not we all take the challenge and put some effort 'combine abilities' and make it 'more fun' . . . . 
    Ramly SP

    Cadang Pak Megat ..

    Megat mencadang.......




    .... lagi bagus kalau kita dapat dok semeja dan brainstorming seawal nya bagi menjayakan kayuhan TRM/MCT yang julung julung kali diadakan beramai ramai dengan mengumpulkan pengayuh tegar/pengayauh advance/pengayuh riadah.Ini adalah kerana kayuhan ini dipromosikan lagi melalui media elektronik dan yang formal sekali ialah dengan iringan T'SHIRT.Bila T'shirt dah dicetak itu kira satu programme yang kira diiktiraf la.. Dari pengamatan saya.. mau ada lebih 50 rider untuk programme nie... Meriah nie...!!!...Boleh la kongsi sikit sikit pengalaman masa kendalikan programme kayuhan thompson trail ari tu dengan kehadiran 140 rider dulu...
    Megat Halim 

    The Poster

    Sebermula .....





    ...sebenagnya KBLR2009 ni oficiallynya berputik masa kami kayoh pi SATUN hari tu..zanKX dgn geng TRM kata kat makcik TOKI kalu nak shopping nanti kita buat KAYOH pi HATYAI..boleh sampai patah kasut tumit tinggi...bila dah masok BLOG & cc cc email ni ada sambutan pulak..bagus laa kalu hang pun dah offer macam tuuu..sama-sama la kita jadi organizer...sebenagnya tak dak organizer pun KAYOHAN niii..cumanya idea spontan mai dari kayohan SATUN tu jaaa....tapi tak pa laa kita buat yang terbaik laa dan sama sama kita jayakan KAYOHAN ni..nanti tiap2 tahun lepas RAYA ja kita buat KAYOH ni..dekat baju tu kita tulis saja nama nama TEAM yang pii..boleh kottt..
    Tok Ki Manjung