Kaedah Kawalan Day 1


Kaedah Kawalan:
Semua rider akan berlepas utk berkayuh didalam 2 lane.


1.         4 riders (sebagai Marsyall). Bergerak secara 2 orang berpasangan bagi menunjukan arah laluan kayuhan disimpang . Ini penting kerana terdapat beberapa simpang antara Padang Katong dan Wang Kelian yang boleh mengelirukan rider. 
2.         Kayuhan bermula jam 7.30pg.
            Untuk fast rider mereka ini rasanya tiada masalah. Mereka boleh terus membuat kayuhan mengikut arahan leader masing-masing. Berkemungkinan mereka akan terus kayuhan keHotel. 


(Berdasarkan kategori Medium/Slow rider)
3          Dari Padang Katong ke Wang Kelian – Jarak 37km
Perjalanan kayuhan sejauh 30km landai dan 7km berbukit naik turun. Masa yang diambil adalah dalam anggaran 2 1/2 jam (10.00pg jangkamasa tiba Wang Kelian). Jam 9.45pg lori sweeper start pick up rider sepanjang perjalanan ke Wang Kelian. Drop rider kat Imegresen Wang Kelian.
 4.         Dari Wang Kelian ke KM56 Simpang Lampu Isyarat Satun/Hatyai – Jarak 20km
            Jangkamasa bergerak anggaran jam 11.00pg dan dijangka sampai jam 12.00tgh.
 5.         Dari KM56 ke KM97 – Jarak 40km (2.00ptg jangkamasa tiba KM97- simpang lampu isyarat ke Hatyai)
            Jangkamasa kayuhan anggaran 2 jam. Dikawasan ini rider akan berkayuh secara single lane disebabkan keadaan traffic. Rider dijangka mengalami sedikit keletihan dan cuaca panas. Lori diminta untuk buat sweeping dilaluan ini mulai jam 1.45ptg dan menghantar mereka ke KM97 utk makan tgh/rehat.
 6.         Dari KM97 - KM127 – Jarak 30km (Anggaran 1 ½ jam)
            Anggaran Jangkamasa Bertolak adalah pada jam 3.00ptg dan Jangkamasa Tiba Masjid Hijau/Shell sekitar 4.30ptg. Laluan ini agak sebok juga. Lori diminta buat sweeping mulai jam 4.15ptg  dilaluan ini dan menghantar mereka ke Masjid Hijau/Shell.
 7.         Dari Shell ke Hotel Florida – Jarak 7km
Laluan agak sebok. Hampir tiada bahu jalan utk kemudahan berkayuh. Fast rider yg telah sampai dan tahu laluan hotel diminta datang untuk membantu membawa group 10 orang kesana.


0 Responses